Hangat dengan insiden keganasan rumah tangga, penyanyi dan juga model dari Indonesia, Rizky Billar telah disenarai hitam daripada muncul di semua stesen TV Indonesia.
Suami kepada Lesti Kejora itu juga dikhabarkan telah digugurkan daripada Indosiar dan tidak lagi menjadi pengacara bagi Dangdut Academy (DA) 5.
Dipecat atas kesalahan keganasan rumah tangga
Pengacara Dangdut Academy 5 yang terdiri daripada Ruben Onsu, Irfan Hakim, Gilang Dirga bersama yang lain menyatakan bahawa penyanyi Indonesia itu tidak lagi akan bekerjasama dengan mereka.
Sekali lagi saya tegaskan menolak terhadap segala bentuk kekerasan dalam rumah tangga
Indosiar menjawab pertanyaan netizen. Dengan ini kami umumkan mulai malam ini Rizky Billar tidak lagi menjadi host Dangdut Academy 5
Tindakan ini dilakukan demi menyambut seruan daripada Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) untuk tidak memberi peluang kepada setiap pelaku jenayah rumah tangga.