Pasangan merpati dua sejoli, Dai Syed dan Hana Ismail sering menjadi perhatian peminat selepas mendirikan rumah tangga awal Disember lalu.
Menerusi sesi langsung di media sosial, pasangan ni menjawab persoalan netizen mengenai bibit-bibit perkenalan mereka. Iyalah, tau-tau dah bertunang dan kahwin kan?
BACA: “Jom Mandi Hujan” – Layan Kerenah Hana, Dai Syed Buat Peminat ‘Bersemut’
Terbaru, MeleTOP ada memuat naik aksi comel pasangan ini menjawab beberapa soalan iaitu trend #couplequestion di TikTok.
Trend itu memaparkan pasangan ditanyakan soalan dalam bahasa Inggeris mengenai sikap masing-masing.
Namun, lain pula yang jadi apabila netizen mendakwa pendakwah tersebut tak begitu faham bahasa Inggeris kerana dia dilihat teragak-agak untuk menjawab. Betul ke?
Netizen berpendapat pendakwah ini lebih fasih bahasa Melayu dan bahasa Arab kerana belajar di pondok sejak berumur 13 tahun.
Kredit: TikTok @mymeletop
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.