Oh! Artis

“Demi Secebis Content” – Izreen Azminda Tempelak Netizen ‘Busybody’

Published on

Tiada angin tiada ribut, nama Izreen Azminda tiba-tiba menjadi sebutan di TikTok apabila seorang individu mendedahkan pasangan suami isteri itu tidak saling mengikuti Instagram masing-masing.

BACA: Dikecam Pertemukan Intan & Izreen Azminda, Penerbit Program Buka Mulut

Tidak hanya berdiam diri, Izreen menerusi hantaran terbaru di Instagram menjelaskan kekeliruan yang dibangkitkan itu.

Menurut pelakon ini, dia dan suami, Ude Wahid sememangnya saling tidak mengikuti Instagram sudah lama. Hubungan mereka bagaimanapun baik-baik sahaja.

Pelakon ini mempersoalkan motif pengguna TikTok itu memuat naik video sedemikian yang boleh mengundang komen negatif dan menghina.

Katanya lagi, dia sudah lama berdiam diri dengan orang yang sengaja mencetuskan perbalahan seperti ini. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Difahamkan, pengguna TikTok tersebut telah menyahaktif akaunnya.

Kredit: Instagram Izreen Azminda

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version