Oh! Artis

Dakwa Shuhada Sengaja Gugurkan Kandungan, Hafidz Roshdi Dikritik Dan Dianggap ‘Useless’

Published on

Sebelum ini pelakon, Hafidz Roshdi mendakwa bahawa isterinya, Nurul Shuhada sengaja mengugurkan kandungan anak ketiga mereka. Biar betul?

Hafidz juga dikatakan telah membuat laporan polis dan mengatakan yang dia mempunyai bukti mesej yang menunjukkan isterinya mahu mengugurkan anak dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, Shuhada menafikan perkara itu dan berasa kecewa suami mampu menuduh dirinya melakukan perbuatan terkutuk itu.

Berita tersebut telah menjadi perhatian ramai dan rata-rata pertikaikan tindakan Hafidz mengeluarkan dakwaan seperti itu terhadap isteri yang baru saja kehilangan cahaya mata.

Bahkan netizen berkata pelakon lelaki tersebut seakan-akan membuka ‘pekung’ diri sendiri sebagai suami yang tidak berguna terhadap isteri bagi menjaga anak-anak.

Netizen turut merasakan tanggungjawab untuk menjaga anak sepatutnya tidak terletak pada ibu saja dan ia juga merupakan tugas si ayah.

Sekadar info, Hafidz Roshdi memberitahu Shuhada telah menghantar WhatsApp kepadanya hasrat untuk mengugurkan anak dan dia terus membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version