Oh! Artis

Cedera & Sakit Dada Sampai Terbaring Atas Jalan, Datuk Nash Terlibat Dalam Kemalangan

Published on

Penyanyi kumpulan Lefhanded suatu ketika dulu, Datuk Nasharudin Elias atau dikenali sebagai Nash sakit dada dan mengalami kecederaan di muka kerana mengalami kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara semalam.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada pukul 4 petang semalam apabila kenderaan jenis Toyota Harrier yang dinaikinya terbabas semasa dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur bersama seorang pemandunya.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengatakan bahawa kemalangan tersebut disebabkan mereka langgar lopak air dan mengakibatkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok penghadang jalan disebelah kiri lebuhraya.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya pula mengalami kecederaan ringan.

Penyanyi itu dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) bagi menerima rawatan.

Semoga Datuk Nash dan pemandu cepat sembuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version