Oh! Artis

Caprice Akan Cuba Hubungi Ning Baizura Untuk Dapatkan Penjelasan

Published on

Mesti korang perasan yang Caprice senyap sikit beberapa hari ni selepas perlu menyiasat banyak isu yang berlaku. Caprice bagaimanapun mengakui agak sibuk dan menyatakan ramai yang dm, meminta dia untuk mengulas isu yang berlaku sekarang.

Terbaru, Caprice kongsi tangkap layar dm dari seorang individu yang memintanya untuk mengulas kenyataan dari penyanyi, Ning Baizura yang dilihat seolah-olah menyokong golongan LGBTQ.

Individu itu turut sertakan tangkap layar komen dari Ning Baizura yang dlihat tidak menyokong tindakan pihak berkuasa melakukan serbuan di satu majlis tertutup melibatkan golongan itu.

Ning juga sebelum ini pernah berkongsi beberapa hantaran menunjukkan tanda sokongan ke atas golongan itu.

Caprice bagaimanapun tidak dapat mengulas lebih lanjut dan akan cuba menghubungi Ning Baizura untuk mendapatkan penjelasan.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version