Video tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan menyebabkan pelakon dan usahawan itu mendapat kecaman hebat.
Video gelek Aliff Syukri
Penat dengan kecaman, Aliff telah tampil memohon maaf dan memberi penjelasan yang sebenar mengenai video tersebut. Menurutnya, video yang dimuat naik di media sosial adalah sekadar gurauan.
Hidup ni dik perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun, atau pegang-memegang betul tak?
Tambahan, Aliff juga berkata penerimaan tarian ‘gelek’ tersebut adalah mengikut tafsiran masing-masing yang mahu mengambil sama ada positif atau negatif.