Sebelum ini kami ada melaporkan yang penyanyi terkenal, Shila Amzah seolah-olah memberi bayangan akan menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati, Ubai. Biar betul?
Terbaru! Menurut laporan Gempak, Ubai menjelaskan bahawa pembelian cincin buat kekasihnya itu bukanlah bermaksud dia melamar Shila namun merupakan tanda membawa hubungan ke arah lebih serius.
Ujarnya, mereka tidak merancang tentang hal itu dan ia berlaku secara kebetulan ketika mereka keluar untuk pergi berbuka puasa.
Kami nak berbuka lepas tu ternampak kedai cincin dan saya tertarik dengan sebentuk cincin. Dia (Shila) cuba dan berkenan lalu saya pun beli.
Ketika ditanya tentang perkahwinan, Ubai berkata ketika ini mereka mahu fokus kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu.
Kami ada rancang untuk ke fasa seterusnya tapi buat masa sekarang saya lebih beri fokus kepada kerjaya saya sebagai produser.