Difahamkan, sekurang-kurangnya 16 orang warga Singapura dilaporkan cedera akibat daripada kemalangan tersebut.
Sharifah Shahira terkejut, anak terlibat dengan kemalangan
Dalam pada itu, anak kepada penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahira juga dilaporkan terlibat dengan kemalangan itu.
Shiera yang dihubungi Harian Metro mendedahkan bahawa pada mulanya, anaknya itu cuba berselindung mengenai kemalangan itu namun selepas beberapa kali Shiera dan suami bertanyakan hal yang sebenar, barulah anak lelakinya itu mahu membuka mulut.
Ariel memaklumkan bas lewat beberapa jam kerana rosak. Patutnya suami akan jemput dia jam 5 pagi semalam, tapi bila saya bangun pagi itu, tengok dia masih belum tiba di rumah.
Petang semalam selepas saya balik kerja, saya nampak ada luka di dahinya. Mulanya dia tutup dengan rambutnya yang agak panjang itu. Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Itu saya bertanya sama ada dia bergaduh dengan sesiapa, sudahlah ke Singapura tidak maklumkan kepada saya atau Ijoy.
Bila kena paksa tanya, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi kemalangan. Mengucap panjang saya waktu dengar tu.
Terdahulu, Shiera meluahkan rasa syukurnya selepas anak lelakinya itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.