Tak ada angin tak ada ribut, pempengaruh dan model muslimah terkenal Marissa Dania dituduh terkena buatan orang pula. Biar betul?
BACA: “Anak Saya Bukan Macam Ni” – Aliff Syukri Korek Cerita Dengan Abby Abadi
Entah dari mana datangnya khabar angin itu, ibunya iaitu selebriti Abby Abadi menafikan ada mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Abby menjawab kepada soalan seorang netizen menerusi sesi soal jawab di Instagram. Abby mempersoalkan dari mana individu tersebut membaca mengenai dakwaan sihir.
Abby tak pernah kata Marissa kena sihir
Soal bekas anggota kumpulan Elite ini lagi, adakah orang ramai terlalu banyak pahala sehingga sering kali mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan fitnah terhadapnya.
Sementara itu, ada juga netizen yang mendoakan kesejahteraan keluarga besar Abby Abadi. Mereka kagum dan berharap Allah SWT memberikan ganjaran terbaik di atas kesabaran menempuhi dugaan.
Kredit: Instagram Abby Abadi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.