Berita gembira itu telah dikongsi oleh suaminya, Muhammad Shazli Azhar di Instagram.
Bayi yang kedua
Menurut suaminya, Emma selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.4 kilogram dan bersalin secara normal.
Alhamdulillah Emma, kita dapat seorang lagi bayi lelaki seberat 3.4 kilogram. Bersalin secara normal, Allah Maha Besar. Shariq Gabriel sudah jadi abang sekarang.
Sebagai info, pelakon cantik itu telah mendirikan rumah tangga bersama Shazli pada Februari 2020 dan dikurniakan anak lelaki yang kini berusia dua tahun. Alhamdulillah tahniah buat Emma sekeluarga.