Oh! Artis

Bell Ngasri Bakal Terima Kereta Import Dengan Harga RM200,000

Published on

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri akhirnya akan menerima sebuah kereta import.

Perkara itu dimaklumkan sebuah syarikat kenderaan DTC Motors yang berbesar hati untuk memberikan hadiah untuk kejayaan bersejarah Bell.

Kereta itu dikatakan bakat ditaja oleh Afendy Wahid selepas melihat tiada sesiapa yang mahu memberikan Bell hadiah.

Sabtu lalu saya ada berborak dengan kawan di pejabat tentang kemenangan Bell Ngasri. Terdetik pula masa itu nak hadiahkan sebuah kenderaan memandangkan tiada orang menajanya.

Nak dijadikan cerita, kawan saya ada hubungi Isnin lalu selepas mendengar penyampai Hot FM memaklumkan jika ada pihak mahu menaja Bell.

Disebabkan itu, Afendy terus menghubungi Hot FM dan menyatakan hasratnya secara spontan.

Afendy bagaimanapun tidak mahu mendedahkan jenis kenderaan yang bakal diterima Bell dan meminta semua untuk tunggu hari Isnin ini.

Anggaran harga dalam RM200,000 tapi tak termasuk roadtax dan insurans. Tapi kita tapau habis kira siap dengan jaminan dan tambah beberapa aksesori. Semua siap dan Bell tak payah buat apa-apa pun.

Kereta itu juga dijangka dari luar negara dan sesuai untuk Bell guna untuk keluarga dan bawa anak ke sekolah.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version