Oh! Artis

BCL ‘Payung’ Bentuk Badan Semata Nak Buktikan Tak Hamil

Published on

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana memiliki perut buncit, hingga dituduh dirinya sedang hamil anak kepada penyanyi, Ariel Noah.

Susulan itu, Bunga atau juga dikenali sebagai BCL berkongsikan satu video di platform TikTok dengan meletakkan kapsyen sarkastik dirinya sedang memakai baju sukan menampakkan bahagian perut.

https://www.tiktok.com/@bclofficial_/video/7165077514157608218

Sambil memaparkan perut, BCL berkata postur tubuhnya serta sudut kamera menampakkan penyanyi berkenaan mempunyai perut buncit.

Akibat bersifat sarkastik seperti itu, netizen kebanyakkan berasa kurang senang melihat pelantun lagu Ingkartersebut berpakaian terdedah hanya untuk membuktikan kepada orang ramai susulan isu ‘perut buncit’.

Netizen kebanyakkannya berasa kecewa serta menegur BCL untuk tidak perlu berbuat sedemikian hanya kerana mulut orang ramai.

Exit mobile version