Pelakon Afiq Muiz membalas beberapa komen netizen yang menyerangnya di Instagram selepas tular berita isterinya, Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh.
Pachara mendakwa sudah dua tahun digantung tak bertali dan tak diberikan nafkah. Malah, pada Mei 2021, Pachara dikatakan pernah membuat laporan polis mendakwa dipukul pelakon itu.
Di Instagram, netizen ‘berkampung’ di ruangan komen perkongsian Afiq Muiz menyelar tindakannya serta menasihati pelakon itu supaya melepaskan isteri dengan cara baik.
Tak mendiamkan diri, Afiq Muiz dilihat membalas komen-komen tersebut. Dakwa pelakon ini, dirinya telah difitnah.