Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih menantikan keputusan siapakah yang akan menyandang jawatan Perdana Menteri ke-10.
Rakyat Malaysia yang turun padang menjalankan tanggungjawab mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 sudah tentu mahukan yang terbaik untuk negara.
Pu Riz tak mahu agama dipermainkan, azan slow
Begitu juga dengan suami kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu PU Riz. Dalam foto lakaran kartun ‘Bicara Riz’ tersebut, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail bertanya siapakah yang akan dipilih menubuhkan kerajaan.
Meluahkan rasa risau, beliau berkata walau siapa pun yang dilantik, dia sebagai rakyat tak mahu agama Islam dipermainkan, azan kena slow dan sebagainya. Dia menyeru agama Islam dijadikan cara hidup rakyat.
Terima respon negatif netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur bapa kepada Muhamad Bilal yang didakwa menyebarkan perkara tak betul.
Netizen mempersoalkan dekat mana lokasi ‘azan kena slow’ yang diperkatakan PU Riz.