Namun begitu, perkongsian selebriti jelita itu mendapat kecaman daripada warganet kerana pemakaian anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Rata-rata netizen seakan kurang senang melihat penampilan dan gaya pemakaian Aaisyah yang dilihat terlalu seksi dan tidak sesuai untuk diperagakan kanak-kanak sekecil itu.
Bukan itu sahaja, Che Ta turut mendapat kecaman warganet yang mendakwa dirinya itu seperti tidak tahu mendidik anak.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan serta komen yang negatif terhadap cara pemakaian Aaisyah yang dianggap terlalu menjolok mata.