Oh! Artis

Anuar Zain Berangkat Ke Syria Dengan Imej Baru

Published on

Penyanyi terkenal, Anuar Zain mengenakan imej baru dengan berambut pendek sebelum berangkat ke Syria bagi menyertai misi kemanusiaan di sana.

BACA: Anuar Zain Bersyukur Keluarga Restu Sertai Misi Ke Syria, Bakal Berangkat 11 April Ini

Menerusi hantaran di Instagram itu, Anuar Zain berkongsi gambarnya dihantar ahli keluarga serta kenalan rapat kelihatan gembira ketika berada di perkarangan lapangan terbang.

Anuar Zain turut mengucapkan terima kasih buat ahli keluarga dan kenalannya yang sudi mengiringinya ke lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria.

Sokongan rakan artis

Perkongsian Anuar Zain tersebut mendapat komen dari rakan artis yang lain. Rata-rata mereka mendoakan keselamatan serta mendoakan agar segala urusan Anuar Zain dipermudahkan.

Kami di Oh! Media turut mendoakan agar segala urusan Anuar Zain sepanjang melakukan misi kemanusiaan di Syria ini dipermudahkan dan diberkati.

Kredit: Instagram Anuar Zain

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version