Video itu dimuat naik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ketika menemubual Abby Abadi sendiri. Aliff Syukri bertanya, adakah Abby akan terima jika Aslam datang meminta maaf dan mahu berbaik.
Macam mana kalau Aslam minta maaf, mahu berbaik?
Jawab Abby Abadi, Aslam bukan orang yang boleh berpoligami. Ibu kepada Marissa Dania tak nampak perkara itu kerana Aslam tidak berkemampuan.
Katanya lagi, ahli keluarga semua tidak tahu Marissa berhubung semula dengan lelaki tersebut. Marissa sejak dari kecil di bawah jagaan Abby sepenuhnya dan kelakuan Marissa tidak seperti sekarang.
Ini jawapan Abby Abadi
Menurut Abby, seolah-olah ada sesuatu yang berlaku menyebabkan anaknya berubah 360 darjah. Apa yang digosipkan berlaku adalah diluar jangkaan keluarga kerana ibu bapa sudah mendidiknya dengan baik.
Saya tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia buat sebab anak saya bukan macam ni.
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang pengesahan yang dibuat Aslam atau pun Marissa Dania sendiri mengenai dakwaan bermadu.
Malah, isteri Aslam iaitu Umisya Mazlan enggan memberi sebarang komen ketika ditemui wartawan.