Oh! Artis

“Aku Yang Bela, Bukan Kau” – Alicia Amin ‘Balas’ Komen Netizen Tentang Anjing Peliharaannya

Published on

Mungkin sudah letih dan penat dengan kritikan dan komen negatif netizen mengenai dirinya yang membela anjing sebagai haiwan peliharaan.

Menurut Alicia, orang luar yang tidak mengenali dirinya tidak berhak mempertikaikan keputusannya untuk membela anjing.

Menganggap anjing-anjing yang dipeliharanya adalah haiwan yang tidak langsung mendatangkan masalah, model dan pelakon tinggi lampai ini juga merasakan hak untuk dia dan keluarga membela haiwan ini adalah hak peribadi.

“Aku yang bela bukan kau..” ujarnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Tambahnya lagi, tiada guna menjaga hati orang yang sering saja bercakap hal yang buruk-buruk, lebih baik menjaga anjing yang sentiasa menyayangi dan melindungi dirinya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version