Untuk musim ini, Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick menjadi ‘Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang’ untuk membantu artis undangan mencari siapakah penyanyi sebenar.
Dalam episod terbaru, netizen melabel Janna Nick ‘mulut puaka’ apabila mengaitkan Ain Edruce yang berkelulusan ijazah sarjana komposisi muzik tetapi tidak boleh menyanyi.
Difahamkan, Janna Nick mengajukan soalan itu ketika mereka berbincang mengenai salah seorang peserta rancangan itu yang mempunyai latar belakang muzik.
Kata seorang pengguna TikTok, dia berasa sakit hati melihat penyanyi lagu Gatal itu mengaitkan orang lain tanpa memikirkan perasaan individu itu.
Di ruangan komen, netizen mempertahankan Ain Edruce yang dikatakan sebenarnya boleh menyanyi. Tetapi disebabkan peti suaranya rosak, dia sudah tidak menyanyi lagi.
Hasil carian di Youtube, memang benar Ain pernah mengeluarkan lagu berjudul Overthink yang dinyanyikan bersama Akwa Ariffin. Diterbitkan dua tahun yang lalu, lagu tersebut meraih lebih 800 ribu tontonan!
Tapi kata Ain lagu tu suka-suka je untuk projek Youtube tapi tak sangka ramai yang bagi reaksi positif.