Oh! Artis

“Ada Tangan Kejam Yang Memisahkan Mereka” – Ibu Syamsul Yusof

Published on

Semalam kita dikejutkan dengan berita yang mendakwa pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof sudah pun bernikah dengan Ira Kazar.

BACA: “Penipu Will Always Be A Penipu” – Puteri Sarah Terima Mesej Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Dah Bernikah?

Perkara itu mula kecoh selepas isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah Liyana berkongsi satu hantaran mesej diterimanya oleh seorang individu menerusi Insta storynya.

Ibu Syamsul muat naik gambar cucu di Insta story

Terbaru, ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen selepas memuat naik gambar menantu dan cucu-cucunya berserta kapsyen yang seakan-akan ditujukan kepada seseorang.

Mereka perlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka namun ada tangan kejam yang memisahkan.

Agak-agaknya pada siapalah ya kapsyen tu ditujukan?

Terdahulu, Datin Fatimah juga ada memuat naik gambar menerusi Instagramnya yang memberikan bayangan bahawa dia tidak merestui sekiranya benar anaknya Syamsul bernikah bersama orang ketiga.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh semua pihak yang berkenaan.

Kredit: Instagram Datin Fatimah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version