Oh! Artis

“Ada Je Saya Terima” – Tak Penah Sembunyi Dari Isteri, Remy Ishak Dedah Dapat Mesej Tak Senonoh

Published on

Meskipun telah berumah tangga, pelakon berbakat Remy Ishak baru-baru ini mendedahkan dirinya tidak terlepas mendapat mesej berbaur godaan daripada individu yang tak dikenali.

BACA: “Saya Suami Yang Teruk” – Remy Ishak Kongsi Tak Dapat Penuhi Keinginan Isteri

Namun, pelakon itu bertindak untuk tidak menyembunyikan hal demikian malah turut menceritakan kepada isterinya.

Kongsi dengan isteri

Menurut lelaki berusia 41 tahun itu, setiap mesej dan gambar yang tidak senonoh diterimanya akan sentiasa dikongsi dengan isteri, Ezza Yusof.

Ada je saya terima mesej.. saya tunjuk dengan isteri. Apa yang lebih pelik, kadang-kadang yang hantar tu menggunakan nombor luar negara, nombor yang saya tak kenal.

Remy juga menambah, berlaku jujur dan telus dengan pasangan masing-masing merupakan perkara yang paling penting dalam mengekalkan kebahagian rumah tangga.

Dalam berumah tangga, apa yang penting adalah kejujuran dan ketulusan. Sebab kalaulah ada apa-apa yang berlaku pada masa akan datang, isteri tahu saya macam mana. Kalau tak kongsi, banyak benda sembunyi, akan timbul masalah nanti.

Betul juga kata bang Remy tu ye dok?

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version