Dalam video tular yang dimuat naik sendiri oleh pemilik kereta, rider berkata dia tak akan lari kerana memang harus bertanggungjawab.
Rider tak lari lepas langgar, mahu tanggungjawab
Ketika ditanya berapa bayaran yang dia boleh bagi untuk kos kerosakan, rider menyerahkan kepada pemilik kereta sepenuhnya.
Sikap jujurnya membuatkan pemilik kereta memaafkan pemuda berusia 19 tahun itu. Rider juga dipuji rajin mencari rezeki untuk meneruskan hidup.
Perkongsian tersebut membuatkan Fasha Sandha berasa tersentuh dan mahu memberi hadiah sebagai penghargaan. Dia meminta rider tersebut menghubunginya di media sosial.
Fasha Sandha mahu bagi hadiah
Pelakon berusia 38 tahun ini sempat berpesan kepada semua penunggang motosikal termasuk adik lelakinya supaya mencontohi sikap baik rider tersebut.
Katanya, ada sesetengah penunggang motosikal cepat-cepat lari selepas melanggar kereta kerana takut kena bayar ganti rugi. Tapi sebenarnya, mengaku salah dan meminta maaf dah cukup.