Oh! Makan

Sedapnya! Ini Resepi Mudah Buat Smoothie Milo

Published on

Seronoknya kalau waktu petang yang hangat dapat minum air Milo yang sejuk apatah lagi kalau dapat smoothie.

BACA: Rindu Air Milo Lori? Ini Resepi Mudah Untuk Cuba

Jom! Hari ini, kami akan kongsi tiga resepi mudah dan menarik untuk membuat smoothie berasaskan Milo.

Smoothie Milo Kurma Dan Cip Coklat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 pek batang Milo 3 dalam 1
  • 150ml susu soya tanpa gula
  • Sebiji buah kurma
  • 5g cip coklat gelap
  • Simpan sedikit serbuk Milo, kurma dan cip coklat untuk hiasan

Kaedah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga rata.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.

Smoothie Milo Beri Yogurt

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 30g Serbuk Milo
  • 80g yogurt kosong rendah lemak
  • 60ml susu sejuk rendah lemak
  • 40g Strawberi dan beri biru (segar atau beku)
  • Ais

Kaedah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga rata. 
  2. Tuang ke dalam cawan dan siap untuk dihidang.

Smoothie Milo Pisang Vanilla

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 pek batang Milo dengan bijiran penuh
  • 50ml yogurt biasa rendah lemak
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 100 ml air sejuk

Kaedah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga rata.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan taburkan Milo di atasnya. Hidangkan sejuk.

Bonus! Milo Brulee

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 120ml frothed milk
  • 2 sudu besar sirap Milo
  • Ais

Kaedah penyediaan:

  1. Untuk membuat sirap, kacau serbuk Milo dengan air panas sehingga sebati.
  2. Tuangkan sirap di sekeliling gelas.
  3. Tuangkan susu berbuih dan taburkan serbuk Milo di atasnya. 

Ha, mudah je sebenarnya nak buat resepi air Milo ini. Jadi, selamat mencuba!

Kredit: Milo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version