Oh! Makan

Rindu Air Milo Lori? Ini Resepi Mudah Untuk Cuba

Published on

Rata-rata individu di negara kita pernah mencuba kesedapan air Milo terutama sekali air Milo yang diambil daripada lori, bukan?

BACA: Menang Peraduan Milo, Adriana Adnan Sujud Syukur Dapat Jumpa Park Seo-Joon

Tapi, air Milo yang dibancuh secara biasa mempunyai rasa yang berlainan dan tidak sesedap air Milo lori. Jom, hari ini kami akan tunjukkan resepi mudah untuk buat air seakan-akan air Milo lori.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 8 tin susu pekat
  • 8 tin susu cair
  • 4 liter air panas
  • 4 paket Milo(1 kg)
  • Ketulan Ais

Cara penyediaan

Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas
Masukkan serbuk Milo
Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati
Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.
Sedia untuk diminum

Ha, mudah saja kan? Selamat mencuba!

Kredit: Dailymakan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version