Mesti ramai yang pernah alami situasi di mana kita tengah tenang-tenang tengok wayang atau makan dekat restoran, sekali dengar budak kecil menangis dan menjerit. Naik bingit telinga dibuatnya…
Sebenarnya kita boleh jer faham yang itu memang perangai budak kecil tapi apa yang membuatkan kita bengang bila ada sesetengah ibu bapa buat tak tahu dan tak ada inisiatif nak tenangkan anak mereka.
Restoran ambil inisiatif kenakan denda RM30
Terbaru, sebuah restoran viral apabila dikatakan akan mengenakan dengan sebanyak RM30 kepada ibu bapa atau penjaga yang didapati membiarkan anak mereka bising ketika berada di dalam restoran.
Usaha restoran ini turut mendapat sokongan dari seorang Food TikTokers iaitu Caddy yang berpandangan pelanggan lain turut mempunyai hak untuk mendapatkan suasana yang tenang ketika menjamu selera di restoran.
Macam mana keadaan bising yang dimaksudkan? Kalau anak itu hanya bercakap dengan kuat mungkin tidak menjadi masalah besar tetapi bila mereka menangis dengan kuat, menjerit dan berlari-lari, itulah yang membuatkan orang rasa kurang selesa.
Ada yang setuju ada yang tidak
Ibu kepada anak autisme rasa kecil hati
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.