Oh! Makan

#JUADAH Orang Bujang Berbuka Apa Tu? Ini 3 Resepi Mudah Sepanjang Bulan Ramadan

Published on

Asyik pergi bazar ramadan dan berbuka luar pun bosan juga gais. Orang bujang ni kalau ajak kawan-kawan masak, merewang sama-sama syok juga tau. Dalam perkongsian #JUADAH di Ohmedia hari ini, meh kita tengok antara resepi mudah guna air tangan orang bujang, jom!

BACA: #JUADAH Boss Susu Ajak Semua Buka Puasa Dalam Ladang Lembu Farm Fresh Sambil Nikmati Pemandangan Indah

Sesej sambal merah

Simple saja lauk ini kerana menggunakan satu bahan utama iaitu sosej. Masa Ohmedia belajar dulu, lauk paling senang adalah sosej goreng dan nasi panas, pasal nak survive punya pasal. Resepi ini memerlukan effort anda untuk membuat sambal untuk sosej berkenaan.

BAHAN-BAHAN:

  • 9 batang sosej ayam
  • 2 sudu makan mentega
  • 5 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • ½ sudu makan sos tiram
  • 1 biji bawang besar | hiris tebal
  • 1 ulas bawang putih | ketuk
  • 1 batang serai | titik
  • 1 biji cili merah | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2inci.
  2. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej tu kembang. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga pekat dan matikan api. Sedia dihidangkan.

Telur masak paprik

Rindu masakan mek? Mungkin anda perlu cuba masakan ini kerana hanya menggunakan telur sahaja. Jauh lebih jimat kerana anda dapat menikmati masakan ala kedai mek walaupun tak sesedap masakan mek, tapi jadilah memandangkan kos yang perlu dikeluarkan tak tinggi mana.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur rebus | buang kulit
  • 3 batang ketiak jagung  | hiris
  • ½ batang lobak merah | hiris
  • 1 biji cili merah | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh sos tiram
  • ½ biji capsicum hijau | hiris
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3gm tepung jagung
  • 1 helai daun limau purut
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
  3. Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
  4. Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

Ikan bawal masak percik

Menu ni kita main bakar-bakar sikit sebab orang bujang ni selalu suka main api, hehe. Jenis ikan ni sebenarnya terpulang korang nak guna apa-apa jenis ikan pun boleh, tapi untuk resepi ni Ohmedia kongsi ikan bawal, sedap weh!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan bawal saiz kecil | lumur garam dan kunyit
  • 2 cawan santan pekat
  • 4 biji bawang merah
  • 1 sudu teh gula
  • 8 tangkai cili kering
  • 2 batang serai  | titik
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • ½ helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan serai yang diketuk dan juga santan. Kacau sebati sehingga terbit minyak dan pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.  Tutup api.
  3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yang pekat tadi.
  4. Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan bersama hirisan daun kunyit tadi.

Kredit: rasa.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version