Rasanya yang berlemak dan manis buatkan ia digemari ramai tak kira peringkat usia. Tahu tak sebenarnya senang je nak buat tepung pelita ni tau, apa kata korang cuba sendiri guna resepi dari Rasa yang kami kongsikan ni.
Korang hanya perlukan bahan-bahan..
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau
Daun pandan
Ikut cara-cara memasak dibawah..
Korang perlu gunakan daun pandan untuk buat acuannya. Lepas tu, letak sedikit gula halus dalam acuan yang korang buat.
Masak semua bahan diatas dan kacau sehingga pekat.
Lepas masak, letakkannya dalam acuan yang korang dah sediakan sekaligus menghancurkan gula halus yang kita letak tadi.
Ini pula bahan-bahan untuk bahagian atas
1 santan kotak (Bancuh untuk dapatkan 4 cawan
4 sudu tepung beras
Sedikit garam
Ini cara-cara memasaknya..
Pertama sekali, korang masak semua bahan diatas dan kacaukannya sehingga pekat.
Lepas masak, terus tuang ke atas bahagian hijau dalam acuan tadi.
Siap! Tak perlu kukus pun, korang boleh terus makan je. Tapi kalau nak lagi sedap, simpan dalam peti ais. Serius memang mantap gila!
Senang kan? Cubalah buat sendiri dan boleh ikut citarasa korang dan terlebih manis ke, nak kurang manis ke dan sebagainya.