Sebentar tadi kami ada melaporkan yang tersebar satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di media sosial yang didakwa menunjukkan suspek simbah asid ke arah pemain bola sepak negara, Faisal Halim.
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Faisal Halim sudah tidak seperti biasa selepas ini kerana dia akan dikawal ketat apabila dibenarkan keluar dari hospital nanti.
Perkara itu juga buatkan tonggak utama pasukan Selangor FC itu tidak mudah didekati individu lain selepas kejadian yang berlaku pada 5 Mei lepas.
Tindakan itu juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pemain itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Sekarang masih ada ‘security’ di rumah, di hospital. Kita masih akan menyediakan kawalan keselamatan sehingga sampai masa dan ketika Faisal merasakan dia tenang dan OK.
Selepas itu, kita akan bincang dengan keluarga Faisal mengenai perkara ini.