COVID-19

“Jangan Mudah Percaya Dengan Rawatan Alternatif Yang Tiada Bukti Saintifik”- Pengarah JKNK

Published on

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan segelintir individu yang mendakwa ada rawatan boleh merawat penyakit Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya menyedari beberapa pesanan yang tular di media sosial semalam di mana ada pihak yang didakwa menawarkan rawatan alternatif untuk virus berkenaan.

Katanya, sebaik-baiknya pesakit Covid-19 harus mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Kajian saintifik membuktikan punca Covid-19 disebabkan oleh virus.

Penyebaran jangkitan sudah ada maklumat yang sahih, jadi saya berharap orang ramai membuat rawatan segera di klinik atau hospital.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat terpengaruh dengan dakwaan rawatan alternatif Covid-19 yang tiada bukti secara saintifik,” katanya.

Heboh di aplikasi Whatsapp apabila ada rawatan yang dijalankan oleh pengamal perubatan Islam yang boleh mengubat penyakit Covid-19 semalam.

Oleh sebab itu, ramai individu yang percaya dan terus menghubungi pengamal perubatan tersebut disamping menyebarkan nota suara berkenaan.

Pengamal perubatan itu juga mendakwa dia dan rakannya tidak sempat membuat rawatan terhadap pesakit Covid-19 kerana baru semalam menyiapkan hebahan sebelum ia tersebar.

Lelaki berkenaan juga tidak menyangka hebahan itu tular dan susulan itu lebih 50 individu yang menghubunginya untuk mendapatkan rawatan.

Kredit : HarianMetro

Comments

Exit mobile version