Branded

KWSP Adakah Membantu Pada Hari Tua Nanti?

Published on

“Duit-duit, di mana kau duit”

Hari demi hari, usia semakin meningkat. Banyak perkara yang bermain di fikiran, paling utama mestilah duit. Cukup ke duit korang untuk hari tua nanti?

Adakah kita begitu terdesak untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP pada masa sekarang? Mungkin setiap daripada kita ada jawapan yang berbeza. Betul tak?

Namun, setiap pilihan pasti ada kesan sama ada baik atau buruk. Kita yang menentukannya.

Persaraan Rakyat Malaysia Pada Tahap Membimbangkan 

Kita sedar bahawa sebelum ini pengeluaran KWSP dalam bentuk i-Citra, i-Sinar, i-Lestari dan Pengeluaran Khas banyak membantu rakyat semasa pandemik tetapi tidak dapat dinafikan jua, ia memberi implikasi buruk kepada pencarum.

Dengan amaun simpanan KWSP yang kurang daripada RM10,000 ahli hanya mampu membelanjakan kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun. Fuhh, gawat ni!

Selain itu, ia dijangka mengambil masa 4 hingga 6 tahun buat pencarum KWSP bekerja bagi membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa PKP. Aduhh, takkanlah nak kena tambah usia persaraan pula?

Kami faham KWSP merupakan hak anda, tak salah untuk membuat permohonan bantuan daripada KWSP tapi anda haruslah beringat agar tiada kesilapan berlaku yang akan menjejaskan simpanan persaraan korang nanti.

Apakah Peranan KWSP?

KWSP bertindak sebagai sebuah institusi keselamatan sosial yang menjaga dan meningkatkan wang persaraan pencarum. Siapakah pencarum? Pencarum ialah korang yang bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta dan majikan bertanggungjawab mendaftarkan korang sebagai pencarum KWSP. So sebagai pekerja, korang kena tahu hak korang okay!

Macam mana KWSP menyimpan duit persaraan?

KWSP menyimpan duit persaraan korang mengikut konsep ringkas potongan caruman. Potongan caruman terbahagi kepada 2 iaitu potongan pekerja dan potongan majikan. Kadar caruman berkanun ialah 11% bagi pekerja dan 12% untuk majikan. Ia tidak boleh rendah daripada kadar ini tetapi boleh lebih. 

Bagi korang yang belum mula mencarum dengan KWSP, berdaftarlah dengar segera supaya tidak menyesal pada hari tua nanti.

Komited Dalam Pelbagai Halangan

KWSP sentiasa peka dengan keadaan semasa. Contohnya ketika pandemik, kerajaan bersama KWSP telah membuat keputusan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan wang persaraan mereka melalui program i-Citra, i-Sinar, i-Lestari dan Pengeluaran Khas.

Ia bagi membantu pencarum yang menghadapi masalah kewangan disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia. 

Namun, KWSP sentiasa berwaspada dengan amaun yang tinggal dalam akaun pencarum. Hal ini boleh dilihat dari segi jumlah pencarum iaitu 8.1 juta di bawah umur 55 tahun membuat permohonan untuk salah satu bantuan KWSP semasa PKP dijalankan. 

Kesannya, hampir 6.7 juta pencarum di bawah umur 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000. Sangat merisaukan!

Oleh itu, KWSP meletakkan syarat yang ketat bagi memohon pengeluaran daripada akaun persaraan mereka. 

Mandat yang diberikan oleh rakyat perlu dijaga. Wang simpanan pencarum amat penting buat persaraan nanti. Sekiranya simpanan dibiarkan habis, maka ia memberi impak yang buruk seperti isu miskin pada hari tua. 

Untuk maklumat lanjut dan info berkaitan KWSP, layari laman web rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Facebook, Instagram, Twitter atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Exit mobile version