Connect with us

Oh! Media

Zlatan Ibrahimovic Kumpul Dana Untuk Bantu Kes Covid-19 Di Italy

Trending

Zlatan Ibrahimovic Kumpul Dana Untuk Bantu Kes Covid-19 Di Italy

Penyerang veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic telah melancarkan kempen GoFundMe untuk memberi bantuan kepada hospital dan tempat yang teruk dilanda Covid-19 di Itali. Zlatan yang kini berusia 38 tahun pernah bermain bersama Juventus dan Inter Milan serta telah mengecapi pelbagai kejayaan di Liga Itali.

ADVERTISEMENT




Oleh yang demikian, Zlatan ingin membalas budi kepada Itali yang telah banyak memberi rezeki kepadanya sepanjang karier beliau sebagai pemain bola sepak professional. Ini menunjukkan beliau sangat prihatin terhadap situasi yang sedang berlaku.




Zlatan bercadang untuk menggunakan segala wang dari kempen tersebut dengan membeli alatan untuk tujuan perubatan dan ingin membantu pihak hospital, doktor dan jururawat yang telah berusaha untuk menyelamatkan nyawa orang. Untuk pengetahuan korang, Zlatan juga telah memberi sumbangan sebanyak RM479,130.




OHMEDIA : SEMOGA URUSAN ZLATAN IBRAHIMOVIC DPIPERMUDAHKAN SERTA DAPAT MENJADI INSPIRASI BUAT KITA SEMUA

Sumber: Semuanya BOLA

+ Baca respon pembaca Zlatan Ibrahimovic kumpul dana untuk bantu kes covid-19 di Itali di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas