Connect with us

Oh! Media

Ibu Muda Sanggup Tinggalkan Suami & Anak 3 Tahun Sebab Ikut Jejaka Dikenali Dalam PUBG

Trending

Ibu Muda Sanggup Tinggalkan Suami & Anak 3 Tahun Sebab Ikut Jejaka Dikenali Dalam PUBG

Macam-macam zaman sekarang ni! Dengan hanya berkenalan dalam game pun boleh terfikir untuk tinggalkan suami dan anak-anak. Ohmedia maksudkan dengan kes seorang wanita dari Terengganu yang dikatakan telah melarikan diri keluar dari rumah meninggalkan keluarganya selepas berkenalan dengan seorang jejaka di dalam permainan PUBG Mobile.

ADVERTISEMENT

Wanita ini sanggup meninggalkan anaknya yang berusia 3 tahun semata-mata untuk lelaki yang hanya dikenali di dalam permainan.

Memetik laporan Astro Awani, ibu muda yang baru berusia 22 tahun itu kali terakhir dilihat keluar rumah bersendirian menaiki motosikal pada 31 Mei lalu dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita, kata suaminya yang dikenali sebagai Apis.

Apis juga mengakui dia dan isterinya telah bertengkar sebelum kejadian ini berlaku.

Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian. Saya dan keluarga turut risau dengan keselamatannya kerana telah beberapa hari tidak pulang dan tidak tahu di mana dia berada. Harap pihak polis dan orang ramai dapat membantu mencari dia dengan segera. – Kata Apis.

Apis dan keluarga bergegas membuat laporan polis selepas menjumpai motosikal yang dibawa isterinya yang ditinggalkan di sebuah pasaraya di kawasan Manir.

OHMEDIA: MUNGKIN ADA SEBAB LAIN KENAPA PERKARA INI BERLAKU. BAGAIMANAPUN DIHARAPKAN MEREKA SEKELUARGA DAPAT MENJUMPAI IBU MUDA YANG HILANG SEHINGGA KE HARI INI.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca yang kenal seseorang dalam PUBG di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas