Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Pekak Sebelah Telinga, Suka Pakai ‘Earphone’ Sambil Tonton Drama

Trending

Wanita Ini Pekak Sebelah Telinga, Suka Pakai ‘Earphone’ Sambil Tonton Drama

Remaja-remaja sekarang memang suka bermain telefon pintar sambil memakai earphone kan? Baru-baru ini, seorang perempuan di Taiwan mengalami masalah pekak sebelah telinganya akibat memakai earphone dalam masa yang agak lama. Bahaya sebenarnya pakai earphone lama-lama ni ya!

ADVERTISEMENT

Xiao Jing yang berusia 28 tahun dikatakan mempunyai satu habit iaitu menonton drama kegemaran melalui telefon pintarnya setiap hari selepas pulang dari kerja sambil memakai earphone sehingga lewat malam. Selepas sebulan kerap melakukan habitnya itu, earphonenya dipercayai rosak sebelah, tidak mempunyai sebarang bunyi. Disebabkan dia ingatkan yang earphone rosak, dia terus membeli earphone yang baru tapi masih lagi tidak dapat mendengar apa-apa dibahagian sebelah.

Dia mula sedar yang bukan earphonenya yang rosak tapi telinganya sendiri yang bermasalah. Kemudian, dia pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Doktor yang merawat Xiao Jing mengesahkan yang sebelah telinganya tiba-tiba pekak. Mujur Xiao tidak bertindak lambat sebab berkemungkinan dia akan pekak buat selama-lamanya.

OHMEDIA : CEGAH SESUATU YANG MEMBAHAYAKAN DIRI

Sumber : Oriental Daily

+ Baca respon pembaca wanita pekak sebelah telinga di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas