Connect with us

Oh! Media

Vivy Yusof Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Trending

Vivy Yusof Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Beberapa hari yang lalu, netizen berasa berang dan telah kecoh di media sosial sehingga mengadakan petisyen tandatangan untuk seorang ushawan berjaya, Datin Vivy Yusof meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

ADVERTISEMENT


Baru-baru ini, Vivy Yusof memuatnaik videonya di Instagram, @vivyyusof membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umum dan menjelaskan bahawa dia akan memperbaiki diri dan mengambil pendekatan bermuhasabah diri.

Saya faham kenapa netizen marah dan saya juga setuju, sebagai seorang public figure, saya perlu lebih berhati-hati apabila menulis dan berkongsi sesuatu perkara. Ini sangat memberi pengajaran kepada saya. Saya sedar penggunaan ayat saya tidak tepat dan saya akan memperbaiki diri selepas ini. 

Vivy juga menafikan dakwaan terhadap beliau mempersoalkan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada golongan M40 dan B40 menerusi video yang berdurasi 7 minit 48 saat itu. Bukan tu jer, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang mula menyebarkan pembohongan, khabar angin dan mengadakan petisyen tersebut.

Menerusi gambar yang tertera kenyataan ini, saya tak pernah terfikir pun nak cakap benda ni. Saya tak sangka orang percaya saya cakap benda tu.  Kenyataan tu keluar menerusi Facebook Live seseorang dan bukan dari Facebook Live saya, saya takde Facebook pun. Bila dah masuk Twitter, benda ni dah tak terkawal. Kalau ada satu benda yang saya selalu pesan pada semua wanita, adalah untuk mempertahankan diri mereka dan sekarang, inilah waktunya saya mempertahankan diri saya sendiri sebab saya tak pernah keluarkan kenyataan tersebut. Benda ni tersebar dengan cepat sehingga ada petisyen untuk desak saya letak jawatan daripada UiTM.

OHMEDIA: HAA BAIK KORANG MINTA MAAF SIAPA YANG BUAT FITNAH SEBELUM VIVY AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

Sumber: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas