Connect with us

Oh! Media

(Video) Kereta Ini Melambung Beberapa Kali Sebelum Terbalik Akibat Dari Tayar Lori Pecah

Trending

(Video) Kereta Ini Melambung Beberapa Kali Sebelum Terbalik Akibat Dari Tayar Lori Pecah

Kesedaran memasang dashcam dalam setiap kenderaan rakyat Malaysia nampaknya semakin baik apabila sekarang kita dapat melihat semakin banyak kejadian yang berlaku semasa berada di jalan raya.

ADVERTISEMENT

Terbaru, tersebar pula satu video rakaman daschcam yang sempat merakamkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah kenderaan yang dipercayai berlaku di Simpang Renggam.

Dalam rakaman terbabit, lori berkenaan dilihat berada di lorong sebelah kiri dan secara tiba-tiba hilang kawalan yang dipercayai berpunca dari letupan tayar hadapan. Lori itu kemudian masuk ke lorong kanan dan merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan yang tidak sempat mengelak.



Kereta itu kemudian hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelum melambung tinggi ke atas jalan raya selepas termasuk ke dalam longkang lebuh raya. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada berita penuh yang memaklumkan keadaan pemandu kereta dan lori terbabit.

Perkongsian dari Facebook Galeri Lori dan Bas jika situasi ini berlaku.

Tayar depan meletup atau break jem sebelah. Driver ada 2 pilihan yang sangat susah nak buat keputusan.

1)pegang stereng,tangan boleh patah dilibas stereng dan tetap akan kemalangan.
2)lepas stereng,bersedia untuk merempuh dengan apa keadaan sekalipun

OHMEDIA: APA YANG PASTI, PENGGUNAAN DASHCAM INI AMAT PENTING UNTUK KITA SEMUA YANG BOLEH MENJADI BAHAN BUKTI JIKA BERLAKU SESUATU KECELAKAAN KEPADA KITA DAN KELUARGA. SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGINYA.


Sumber: Galeri Lori dan Bas

+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas