Connect with us

(Video) Kereta Persona Potong Double Line Di Selekoh, Langgar Dua Penunggang Motosikal Di Arah Bertentangan

Oh! Tidak

(Video) Kereta Persona Potong Double Line Di Selekoh, Langgar Dua Penunggang Motosikal Di Arah Bertentangan

Alamak, kali ini bukan Perodua Myvi yang buat hal gais tetapi Proton Persona pula! Baru-baru ini, Ohmedia ada melihat satu video yang dimuatnaik oleh Penang Kini di Facebook mengenai sebuah kenderaan berwarna hitam memotong double line di selekoh.

Menurut page Penang Kini, kejadian tersebut telah berlaku di Jalan Paya Terubong di Green Garden pada pukul 7 pagi. Korang tengoklah video yang Ohmedia kongsikan dekat bawah ini. Dari situ korang boleh nampak pemandu ni sedang memandu dalam keadaan sangat bahaya.




Kalau korang nak tahu dua penunggang motosikal telah cedera tau. Bagi sesiapa yang mengenali pemandu Proton Persona tu, korang bolehlah memberi maklumat kepada pihak polis. Bukan apa, selepas dia langgar dua mangsa tersebut bukannya nak berhenti tetapi dia jalan jer gais!

Mungkin dia dalam kecemasan sebab tulah dia bagi double signal kan? Tapi, jangan disebabkan kecemasan korang boleh membahayakan nyawa orang lain. Jadi, pandulah dengan cermat apabila berada di atas jalan raya. Jalan raya bukan Sepang F1 Circuit ya.

OHMEDIA: SEMOGA LELAKI INI DAPAT DITANGKAP DENGAN PIHAK POLIS SECEPAT MUNGKIN.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca geram dengan pemandu Persona di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top