Connect with us

Oh! Media

(Video) Hatrik Sancho Bantu Dortmund Belasah SC Paderborn

Trending

(Video) Hatrik Sancho Bantu Dortmund Belasah SC Paderborn

ADVERTISEMENT

Saingan Bundesliga awal pagi tadi menyaksikan Borussia Dortmund kini berada 7 mata di belakang pendahulu liga, Bayern Munich selepas membelasah pasukan tangga tercorot SC Paderborn 07 dengan jaringan 6-1. Perlawanan yang berlangsung di Benteler Arena menyaksikan kesemua gol terhasil pada separuh masa kedua.




Dortmund yang memburu 3 mata penuh dalam perlawanan ini nyata memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan. Akhirnya, Dortmund berjaya memecahkan kebuntuan selepas menjaringkan gol pertama menerusi pemain sayap Belgium, Thorgan Hazard pada minit ke-54.




Berselang 3 minit kemudian giliran Jordan Sancho pula menjaringkan gol untuk memastikan Dortmund selesa mendahului 2-0. Walaubagaimanapun, Paderborn berjaya merapatkan jurang selepas pemain pertahanan, Hunemeier menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72.

Kedudukan 2-1 hanya kekal selama dua minit apabila Dortmund kembali berpesta gol menerusi jaringan Jordan Sancho pada minit ke-74 dan 90 manakala lagi 2 gol masing-masing dijaringkan oleh Achraf Hakimi dan Marcel Schmelzer. Keputusan 6-1 kekal sehingga wisel penamat. Pujian harus diberikan kepada Jordan Sancho kerana berjaya meledak hatrik dan menyampaikan mesej “Justice For George Floyd” dalam perlawanan ini.




OHMEDIA: DORTMUND PERLU KEKALKAN MOMENTUM KEMENANGAN JIKA INGIN MERAMPAS KEJUARAAN LIGA

+Baca respon pembaca hatrik Sancho bantu Dortmund belasah SC Paderborn di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas