Connect with us

Oh! Media

(Video) Cikgu Sanggup Pikul Peti Ais 40kg, Redah Hutan Sejauh 10km Demi Anak Murid

Trending

(Video) Cikgu Sanggup Pikul Peti Ais 40kg, Redah Hutan Sejauh 10km Demi Anak Murid

Seorang guru yang bernama Harry Yanto Bikal berusia 39 tahun berasal dari Kota Marudu sanggup meredah hutan dengan sejauh 10 kilometer selama hampir 8 jam sambil memikul peti ais seberat 40 kilogram semata-mata demi menyediakan kemudahan kepada sembilan pelajarnya di Sekolah Kebangsaan Longkungongon, Penampang.

ADVERTISEMENT




Alhamdulillah, sangat besar pengorbanan seorang guru ni! Video yang dimuatnaik oleh Hajah Maznah Abd Ghani di Facebook telah mendapat 205k tontonan, 6.5k likes dan juga 4.7k perkongsian daripada warganet. Rata-rata ramai orang kagum melihat pengorbanan Cikgu Harry ni tau!

Usaha ini sudah lama dirancang kerana tidak mudah untuk mengangkat peti ais dengan keadaan jalan tidak boleh diakses apa sahaja kenderaan. Ini kerana laluan untuk ke SK Longkungongon melalui hutan berbukit dan menyeberangi beberapa sungai menyebabkan tiada kenderaan boleh sampai ke situ. Namun keadaan itu tidak mematahkan semangat saya dan guru menyediakan yang terbaik kepada murid. Pada 7 pagi saya bersama rakan tiba di laluan utama selepas menaiki kenderaan dari pekan Donggonggon. Saya dan rakan meneruskan perjalanan sambil memikul peti ais diikat rapi pada belakang dengan menggunakan tali. Kebiasaannya saya hanya mengambil masa tiga hingga ke lima jam untuk sampai ke sekolah. Namun dengan memikul peti ais, tempoh masa untuk tiba di sekolah memakan masa selama tujuh jam. Memang sangat penat, malah sehingga kini ada kesan lebam di bahu saya. Tetapi apabila menatap wajah murid yang gembira melihat peti ais yang saya bawa…semua penat itu hilang. Setiap hujung minggu saya pergi ke pekan Donggonggon untuk membeli beberapa keperluan bagi menyiapkan mini dewan sekolah dan penginapan inap desa. Saya berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Penampang serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak menyalurkan bantuan. Kami berharap pihak berwajib dapat membina satu laluan yang boleh dilalui oleh kenderaan untuk sampai di SK Longkungongon.

Kalau korang tengok video yang Ohmedia kongsikan, sekolah tu memang terletak di kawasan pedalaman yang bersepadan di antara dua daerah gais. Dua daerah tersebut adalah Penampang dan Tambunan. Terima kasih Ohmedia ucapkan kepada guru-guru di luar sana juga atas pengorbanan dan didikan untuk kami semua.

OHMEDIA: TERIMA KASIH CIKGU! TANPA CIKGU, KAMI MUNGKIN TAKKAN BERJAYA SEPERTI SEKARANG. ALHAMDULLILLAH.

Sumber: Facebook | Harian Metro

+ Baca respon pembaca sayang cikgu di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas