Connect with us

Oh! Media

(Video) 2 Jaringan Ighalo bikin Derby Patah Hati, MU Layak Ke Suku Akhir Piala FA

Trending

(Video) 2 Jaringan Ighalo bikin Derby Patah Hati, MU Layak Ke Suku Akhir Piala FA

Manchester United berjaya mengekalkan aksi konsisten mereka ketika ini, buktinya anak buah Ole Gunner Solskjaer telah menewaskan Derby Country 3-0 di Pride Park Stadium awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Bekas pemain MU, Wayne Rooney hampir membuka tirai jaringan melalui sepakan percuma pada minit ke-18, namun sepakan beliau ditepis kemas oleh Sergio Romero. Ohmedia lihat Rooney masih berbisa walaupun sudah menjadi pemain Veteran.

Jaringan pertama MU terhasil pada minit ke-33 hasil sepakan volley dari pemain pertahanan, Luke Shaw. 8 minit kemuadian Shaw sekali lagi memainkan peranan penting dengan mencipta bantuan gol untuk penyerang baru MU, Odion Ighalo mencetak gol dalam perlawanan ini.


Bersambung separuh masa kedua, Ighalo sekali lagi menjadi pemusnah selepas rembatan padu beliau dalam kotak penalti berjaya menewaskan Ross untuk memastikan MU selesa 3 gol di hadapan. Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat sekaligus melayakkan MU ke suku akhir Piala FA Inggeris.

OHMEDIA : MANCHESTER UNITED AKAN MENENTANG NORWICH CITY DI PERINGKAT SUKU AKHIR NANTI

+ Baca respon pembaca Ighalo bikin Derby patah hati di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas