Connect with us

Oh! Media

TM Untung Bersih RM633 Juta, Meningkat 313 Peratus Bagi Tahun 2019

Trending

TM Untung Bersih RM633 Juta, Meningkat 313 Peratus Bagi Tahun 2019

Wah! Memang dari awal lagi kita dah dapat jangka yang keuntungan Telekom Malaysia pasti akan naik. Mana tidaknya, sejak beberapa tahun ini, TM yang merupakan syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia telah banyak melakukan peluasan talian internet mereka di Malaysia sejak 2019.

ADVERTISEMENT

Jadi, jika dilihat dari keuntungan bersih yang diumumkan TM sebelum ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 313% berbanding tahun 2018 dengan jumlah RM632.67 juta.

Bagaimanapun, ada penurunan pula buat Unifi kerana TM telah melakukan pelarasan harga baharu bagi Streamyx pada September lalu dan ini membolehkan pelanggan lebih berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan mereka.

Apa pula selepas ini? Lepas ni mestilah TM lebih rancak dengan projek rangkaian 5G pula dan diharapkan TM dapat melakukan banyak lagi perubahan dari segi perkhidmatan dan harga yang ditawarkan.

+ Baca respon pembaca yang gunakan TM di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas