Connect with us

(Video) Ini Tindak Balas Padu Cik B Untuk Azwan Ali

Oh! Tidak

(Video) Ini Tindak Balas Padu Cik B Untuk Azwan Ali

Baru-baru ini kecoh dengan kes Azwan Ali yang tiba-tiba muncul setelah sekian lama menghilang dengan memaki hamun jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida kan? Kali ini giliran anak kepada Dato’ Seri Vida pulak, Cik B tampilkan diri. Cik B bukan membalas dendam apa yang dibuat Azwan Ali, cuma membuat parody seakan Azwan Ali yang tak berpuas hati dengan ibunya dan dimuatnaik melalui akaun Twitter miliknya sendiri.



Dalam video itu, Cik B membuat situasi yang sama seperti Azwan Ali atau dikenali dengan Diva AA dan meniru gaya serta suara yang hampir sama dengan Diva AA, kah! Siap mention pasal ‘See my level’ serta beg tangan dan dompet Louis Vuitton yang dibeli di London dan Paris, sama macam apa yang Azwan Ali suarakan dalam video yang viral baru-baru ini yang hangat menjadi perbualan netizen.

BACA : (Video) Disebabkan Azwan Ali Tak Dapat ‘Payment’, DSV Dihina Tanpa Belas Ihsan

Adik lelaki kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali juga begitu marah dalam video itu sampai mengatakan “pergi ke neraka” dan menghina dua anak lelaki Dato’ Seri Vida yang meninggal dunia akibat kebakaran pada tahun 2013 lepas dan juga mengata tentang perkahwinan Dato’ Vida yang tak pernah kekal walaupun dah banyak kali berkahwin.

OHMEDIA : PANDAI BUAT, PANDAILAH TANGGUNG!

Sumber : Malay Mail

+ Baca respon pembaca tindak balas Cik B untuk Diva AA di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top