Connect with us

Umum

“Timba Pengetahuan Tentang Sisa Pembentungan”- IWK Perkasa Belia Ke Arah Kemampanan Alam Sekitar

Meneruskan kemeriahan ualng tahun ke-30, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menjalankan program Perantis IWK, sebuah program khusus untuk graduan baru dan siswazah tahun akhir, yang berminat dengan kelestarian alam sekitar serta  pembangunan insaniah.  

Program dengan kerjasama NK Communications PLT, bertujuan memperkasakan golongan  belia dan mendorong mereka ke arah kemampanan alam sekitar, dengan menyediakan kemahiran  insaniah dan nilai-nilai kepimpinan, di samping belajar untuk mencipta kempen media sosial yang  menjadi salah satu komponen komunikasi penting dalam kerjaya.

IKLAN

Bangun Modal Insan & Pupuk Minat Memelihara Kelestarian Alam

Program yang berlangsung selama 5 hari ini telah menggabungkan aspek teori, praktikal, kemahiran kerja berkumpulan, dan latihan fizikal.

Dikendalikan oleh Pengarah NK Communication yang juga Juruhebah Radio dan Hos TV, Natalie Kniese, bersama jurulatih bertauliah HRDF yang juga  Perunding Imej Profesional bertauliah (CPIC) Lalitha Muthusamny, kesemua peserta telah melalui pembelajaran teori dalam bilik darjah, dan juga penerapan aspek praktikal bagi memahami proses  rawatan kumbahan. 

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dalam ucapannya berkata, program ini bukan sahaja untuk meraikan  tiga dekad perkhidmatan IWK, tetapi juga bermatlamat untuk membangunkan modal insan di samping  memupuk minat dalam memelihara kelestarian alam sekitar.

“Kami percaya program Perantis IWK dapat membantu memperkasakan golongan muda serta  memberi peluang kepada mereka untuk bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Saya berbangga  dengan komitmen dan usaha yang ditunjukkan oleh semua peserta,” katanya. 

Menurut beliau, program Perantis IWK merupakan salah satu cabang inspirasi daripada inisiatif  tanggungjawab sosial korporat IWK, yang digelar IWK Cares, bertumpu kepada tiga tonggak utama – alam sekitar, komuniti dan pendidikan. 

Hadiah Berupa Wang Tunai & Peluang Pekerjaan di IWK

Kesemua peserta Perantis IWK bukan sahaja melalui latihan yang disediakan, malah mereka turut bersaing untuk merebut tiga hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM1,000.00 (setiap seorang) dan  peluang pekerjaan atau latihan industri di IWK.  

Purrfect Duo yang dianggotai oleh Lew Bay Sin dan Naida Sofea binti  Mohd Noorhazli telah memenangi kategori kumpulan terbaik. Bagi kategori Networker Terbaik dimenangi oleh Irwan bin Ibrahim manakala kumpulan  yang memenangi aktiviti Cabaran Fizikal ialah IWK Youth, terdiri daripada Eng Jin Cherng, Irwan bin  Ibrahim dan Alia Nurmaisarah binti Hairil Anuar. 

Proses penilaian akhir telah dijalankan oleh panel yang terdiri daripada Ketua Jabatan Perancangan  dan Kejuruteraan IWK, Encik Taufik Salleh; Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK, Puan Wan  Esuriyanti Wan Ahmad; Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia dan Modal Insan IWK, Encik Azhan  Mohd Lazim dan Pengarah Urusan NK Communication PLT, Cik Misha Shah.

Pemenang Perantis IWK, Lew Bay Sin dan Naida Sofea binti Mohd Noorhazli berkata, dengan latihan  serta kemahiran yang telah dijalankan, program ini telah membuka pengalaman baharu kepada semua  peserta. 

“Bukan sahaja kami dapat menimba banyak pengetahuan mengenai sistem pembetungan, tetapi  program ini telah dijalankan secara percuma. Kami merasa amat bertuah kerana mendapat peluang  sebegini dan saya amat berharap agar pihak IWK dapat meneruskan Perantis IWK lagi bagi tahun tahun akan datang, agar lebih ramai generasi muda mendapat manfaatnya,” katanya.  

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Umum

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas