Connect with us

Oh! Media

Tiada Lagi Pembelian Panik Di Pasar Raya Seluruh Negeri

Trending

Tiada Lagi Pembelian Panik Di Pasar Raya Seluruh Negeri

Menurut laporan Sinar Harian, pasar raya di seluruh negeri tidak lagi mengalami pembelian panik. Alhamdulillah. Bukan tu jer, mereka juga mendapati pelanggan tidak memenuhkan troli dengan barang keperluan dan tiada lagi membeli dalam keadaan ‘panic buying’ di dua pasar raya Seremban.

ADVERTISEMENT
Sumber: Sinar Harian

Apa yang Ohmedia rasa bangga dengan orang Seremban ni adalah mereka kelihatan lebih tenang semasa membeli barang keperluan dan tidak perlu beratur lama untuk membuat pembayaran di kaunter.

Hari Isnin lepas takut tengok orang beli barang keadaan dia macam kita kena perintah berkurung. Masing-masing semuanya troli penuh luar biasa. Kami pun tak menang tangan nak kena bawa masuk stok sebab rak makanan banyak yang kosong. Malam tadi barulah lega sikit walaupun orang tetap ramai. -kata Ahmad, pekerja pasar raya

Walau bagaimanapun, keadaan pada hari ini sudah kembali seperti biasa (normal) berbanding pada hari Isnin yang lalu. Kalau korang nak tahu, empat hari yang lepas rakyat Malaysia membeli barang lebih sibuk berbanding pada musim perayaan tau!

Setakat jam 12 tengah hari ini tengok keadaan macam biasa, tapi tak tahulah petang nanti. Kawan saya cakap malam tadi sampai jam 1 pagi orang masih menunggu giliran di kaunter bayaran. Saya harap keadaan kembali tenang. -kata Nisya, pekerja pasar raya.

Sebenarnya korang tak perlu pun nak buat pembelian panik di pasar raya sebab kemungkinan peratusan terkena wabak Covid-19 ni adalah tinggi. Cuba korang bayangkan kalau sertai pembelian panik hari tu, seorang individu positif Covid-19. Fuh, orang lain yang normal pun akan kena!

Lagipun, pasar raya yang menjual barangan makanan dan keperluan tidak akan ditutup seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Lebih baik korang dengar nasihat daripada Perdana Menteri & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) okay.

OHMEDIA: TIDAK PERLU PEMBELIAN PANIK! DUDUK RUMAH DIAM-DIAM.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca tak suka pembelian panik di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas