Connect with us

Oh! Media

Suspek Mabuk & Rempuh Anggota Polis Sehingga Maut Tak Mengaku Bersalah

Trending

Suspek Mabuk & Rempuh Anggota Polis Sehingga Maut Tak Mengaku Bersalah

Baru sahaja sebentar tadi selesai proses Mahkamah Sesyen Kajang melibatkan seorang suspek yang sebelum ini telah merempuh seorang anggota polis sehingga maut pada 3 Mei lalu.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai K Kalaichelvan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di hadapa Hakim Mohd Kafli Che Ali. Suspek sebelum ini telah viral di media sosial selepas didapati merempuh sekatan jalan raya sehingga menyebabkan kematian Koperal Safwan Mohamad Ismail.

Hasil pemeriksaan turut mendapati suspek di bawah pengaruh alkohol. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh akan melalui Seksyen 44(1) (B) akta pengangkutan jalan 1987 (Akta 333/87) dengan penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.

Suspek juga dituduh tidak mematuhi isyarat sekatan jalan raya yang sepatutnya perlu berhenti pemeriksaan pihak polis. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 (Akta 334) dengan penjara tidak lebih 12 bulan atau denda tidak lebih RM1,000.

Semoga keadilan terjawab kerana kita tak sanggup lagi mendengar berita melibatkan kematian mereka tidak bersalah hanya disebabkan kecuaian dan mabuk.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas