Connect with us

Oh! Media

Suami Terkejut, Isteri Pulang Ke Rumah Selepas Majlis Pengebumiannya

Oh! Tidak

Suami Terkejut, Isteri Pulang Ke Rumah Selepas Majlis Pengebumiannya

Tular di India baru-baru ini apabila seorang warga emas india yang disangka telah meninggal dunia akibat Covid-19 mengejutkan ahli keluargamya apabila dia dilaporkan pulang kembali ke rumahnya selepas dua minggu upacara pengebumiannya.

ADVERTISEMENT

Wanita warga emas yang dikenali sebagai Mutyala Girijamma berusia 75, telah dimasukkan ke hospital di Vijayawada, Andea Pradesh selepas dia disahkan dijangkiti Covid-19.

Suaminya yang bernama Gaddayya kerap melawat isterinya di hospital setiap hari bagi mengetahui akan kesihatan isterinya agar segera beransur pulih.

Selepas beberapa minggu dijangkiti Covid-19, doktor memaklumkan kepada Gaddayya bahawa Mutyala sudah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 15 Mei lalu dan mayatnya telah diasingkan ke dalam sebuah beg khas bagi lazim seperti mayat-mayat pesakit Covid-19 yang lain.

Disebabkan Mutlaya disahkan positif Covid-19 menyebabkan Gaddayya tidak dibenarkan untuk menyentuh atau membuka beg tersebut, lalu dia tidak dapat mengetahui dan mengenalpasti identiti mayat yang telah dibungkus itu.

Mayat Mutyala kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga Gaddayya untuk majlis pengebumian dan upacara itu dilangsungkan pada hari yang sama selepas dia menerima mayat itu daripada hospital.

Namun selepas dua minggu majlis pengebumian itu dijalankan, keluarga Gaddayya terkejut selepas mendapati Mutyala pulang ke rumah semula dalam keadaan yang sihat.

Selepas diteliti, rupaya pihak hospital memberikan maklumat yang salah dan mereka mengakui tersilap dan menyangka mayat yang diserahkan kepada mereka adalah mayat Mutyala.

Ahli keluarga Gaddayya berasa kecewa dengan pihak hospital selepas mengetahui doktor telah tersilap memberikan mayat kepada Gaddayya, yang mereka telah kebumikan kerana menganggap itu adalah Mutyala selepas di dibenarkan mengenalpasti identiti mayat yang diterimanya.

Kepulangan Mutyala ke rumah dari hospital disebabkan berasa kecewa kerana suaminya sudah lama tidak melawatnya dan terpaksa meminjam wang bagi membayar tambang teksi untuk pulang ke rumahnya.

Kredit: Utusan Harian, Mirror

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas