Connect with us

Oh! Media

Akibat Ikut Trend, Staf Restoran Makanan Segera Diberhentikan Kerja

Trending

Akibat Ikut Trend, Staf Restoran Makanan Segera Diberhentikan Kerja

Trend menulis mesej di atas kotak memang tengah hangat sampaikan ramai yang membuatnya. Ada yang buat disebabkan memang berniat nak sampaikan mesej yang berguna dan ada pula yang buat hanya sekadar ingin berhibur semata-mata. Baru-baru ini, ada staf dari restoran makanan segera yang menyampaikan pesanan mereka kepada orang ramai dan tular di media sosial. Apa yang di tulis di atas kotak itu memaparkan mesej kepada pelanggan restoran makanan segera itu dan ianya berbentuk kritikkan.

ADVERTISEMENT

Kalau naik motor jangan drive-thru

Apa yang mereka buat itu mengundang padah dan dikatakan telah dibuang kerja kerana tindakan mereka itu menjadi satu isu, padahal tak dilarang langsung pun menggunakan motorsikal untuk pandu-lalu. Ada juga yang hanya berjalan kaki di pandu-lalu. Ianya adalah hak pelanggan untuk menggunakan motosikal ataupon berjalan kaki di pandu-lalu kerana mereka juga pelanggan yang menyumbangkan keuntungan kepada restoran makanan segera tersebut.




Dengar cerita benda ini tersebar setelah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mengkritik dua orang staf restoran makanan segera itu atas penghinaan menggunakan motosikal di pandu lalu. Kemudian, pihak pengurusan restoran itu sendiri menelefon dan meminta maaf kepada pengguna Facebook itu atas tindakan stafnya.

Ada satu penjelasan video dari staf tersebut yang mengatakan mereka memaparkan mesej seperti itu bukanlah untuk mengkritik, tapi kerana tidak dapat mengesan kedatangan motosikal apabila menggunakan pandu-lalu.

OHMEDIA : BERFIKIR DULU SEBELUM BUAT SESUATU

Sumber : Amazing Nara

+ Baca respon pembaca staf restoran makanan segera diberhentikan kerja di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas