Connect with us

Oh! Media

Spurs Catat Kemenangan Dramatik Hasil Bantuan Mamat Korea

Trending

Spurs Catat Kemenangan Dramatik Hasil Bantuan Mamat Korea

ADVERTISEMENT

Bintang Korea Selatan, Heung Min Son menjadi wira selepas menjaringkan gol kemenangan Spurs pada masa kecederaan untuk menewaskan Aston Villa 3-2 di Villa Park. Beraksi di hadapan penyokong sendiri memberi kelebihan buat Aston Villa dan mereka hanya perlukan sembilan minit untuk menjaringkan gol pertama hasil kesilapan pertahanan Spurs, Toby Alderweireld yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Alderweireld menebus kembali kesilapan beliau dengan menjaringkan gol penyamaan hasil rembatan padu untuk menewaskan Pepe Reina pada minit ke-26. Sebelum tamat aksi separuh masa pertama, Spurs dihadiahkan penalti hasil keputusan VAR selepas Engels mengasari Bergjwin dalam kotak penalti. Pepe Reina berjaya menepis sepakan penalti tersebut, namun bola itu kembali pada Son dan beliau sempat menolaknya masuk ke gawang untuk jaringan kedua Spurs.




Bersambung separuh masa kedua, tuan rumah kembali menyamakan kedudukan hasil tandukan Engels pada minit ke-53. Heung Min Son sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol kemenangan di minit akhir perlawanan hasil kesilapan pertahanan Aston Villa. Keputusan 3-2 ini sangat bermakna buat Spurs untuk kekal di tangga 5 teratas Liga Perdana Inggeris.

OHMEDIA : SPURS MEMPUNYAI PELUANG UNTUK LAYAK KE LIGA JUARA-JUARA EROPAH MUSIM DEPAN

+ Baca respon pembaca yang sokong Spurs di Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas