Connect with us

Oh! Media

“Saya Malu Kerana Tidak Cukup Bersuara” Bintang Ragbi Sonny Bill Sokong Muslim Uighur

Trending

“Saya Malu Kerana Tidak Cukup Bersuara” Bintang Ragbi Sonny Bill Sokong Muslim Uighur

Dalam pada negara China sedang berperang dengan wabak koronavirus, cuba kita ingat kembali penindasan yang berlaku ke atas kaum minoriti Muslim Uighur. Pelbagai spekulasi telah didedahkan dan menjadi bincangan dunia sebelum ini dan satu persoalan yang mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana nasib saudara kita di sana sekarang?

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Ohmedia tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh bintang ragbi dunia iaitu Sonny Bill Williams yang menzahirkan sokongannya terhadap Muslim Uighur di China dan mengakui beliau kesal kerana tidak bersuara lebih awal dalam isu ini.

Mereka Uighur berada di kem tahanan di sana dan menghadapi ketidakadilan. Saya hanya bercakap perkara benar. Kadangkala saya tersilap tapi dalam hal ini, saya yakin saya tidak silap. Ia menyedihkan bila kita memilih keuntungan ekonomi berbanding kemanusiaan. Bila berbicara dari kemampuan bersuara sebagai ahli sukan saya agak malu kerana tidak cukup bersuara. Ini bukan soal Muslim semata, ini soal kemanusiaan. – Tegasnya.

Sonny Bill yang kini berusia 34 tahun turut menegaskan yang dia tidak gentar dengan sebarang ancaman yang bakal diterimanya selepas bersuara tegakkan keadilan dan beliau lebih malu kerana kurang bersuara selama ini.

OHMEDIA: JADI BAGAIMANA PULA DENGAN KITA? ADAKAH HANYA INGIN TERUS BERDIAM DAN MEMERHATI? JIKA SUARA KITA TIDAK MAMPU DIDENGAR MEREKA YANG BERADA DI ATAS, TERUSKAN UNTUK MEMBENCI DENGAN HATI, MENGAMBIL TAHU APA YANG TERJADI KEPADA SAUDARA KITA DAN TERUS BERKONGSI AGAR DUNIA MENDENGAR.

Sumber: Daily Mail

+ Baca respon pembaca yang bersama muslim uighur di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas