Connect with us

Seorang Lelaki & Teman Wanita Ditahan Naikkan Video Tidak Sepatutnya

Oh! Tidak

Seorang Lelaki & Teman Wanita Ditahan Naikkan Video Tidak Sepatutnya

Tolong hentikan apa sahaja aktiviti yang sia-sia wahai rakyat Malaysia. Apa lagi kalau ia melibatkan penghinaan dan perkara sensitif yang akhirnya merugikan diri anda sendiri.

Ohmedia maksudkan dengan penahanan seorang lelaki dan seorang pelajar wanita yang ditangkap pihak polis selepas dipercayai melakukan rakaman video yang dilihat mempersendakan agama Islam yang viral di media sosial baru-baru ini.

Lelaki itu mengaku melakukan watak solat dalam video berkenaan dan rakan wanitanya mengaku merakam perbuatan itu menggunakan telefon miliknya, dengan niat untuk bergurau di sebuah inap desa di Taman Lapangan Terbang, sebelum memuat naik di Instagramnya. Rakaman itu dilakukan pada 28 Oktober lalu, kira-kira pukul 1.27 pagi, berdasarkan semakan di telefon bimbit berkenaan. – Kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis, A Asmadi Abdul Aziz.

Walaupun wanita terbabit telah memadam video berkenaan di Instagram kerana takut, ia sudah terlambat kerana netizen sudah menyebarkannya.

Kalau korang sempat tengok video tu, ia menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam dengan seluar pendek sedang melakukan pergerakan solat dalam keadaan bergurau sambil bergelak ketawa bersama rakannya.

Perbuatan ini sangat tidak boleh dimaafkan dan harap tindakan tegas diambil agar menjadi pengajaran buat kita semua.


+ Baca respon pembaca yang turut berasa geram dengan perbuatan mereka di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top